Ahad, 7 Julai 2013

Astagfirullah

Astagfirullah....

Astagfirullah....

Astagfirullah....

Ampuni dosa ku,dosa kedua ibubapaku,dosa keluargaku dan seluruhnya.Mengenangkan khalimah suci ni,aku terkenang pada setiap dosa yg telah dicatitkan pada buku amalanku pada sebelah kiri oleh malaikat yang telah ditugaskan.Malaikat yang sentiasa setia dengan pekerjaannya.Malaikat yang tidak pernah lalai akan perintah Penciptanya.Berapa banyak pula ganjaran yang telah aku kutip pada hari ni untuk dijadikan bekalan pada kehidupan seterusnya?Adakah amalan itu cukup utk buat aku bahagia di sana?

Manusia kini pantas berlari mengejar kesenangan, ada yang masih lagi 'mengendong' agama sebagai pegangan. Tetapi ada juga di antaranya kita yang masih lalai dengan kebendaan.Setiap perkara yang dicari adakalanya hanya untuk keseronokkan yang tiada batasan.Manusia yang cepat menghakimi sesuatu keadaan,manusia yang pantas menjatuhkan hukuman pada seseorang.Sedangkan dirinya bukanlah sesempurna ciptaan.

Kita dilahirkan dengan pelbagai kekurangan.Bukan untuk dijadikan bahan ejekan atau senda gurauan.  Tapi diciptakan untuk saling melengkapkan.Itulah dia kekurangan manusia yang sering kali menyalahtafsirkan sesebuah kehendak Sang Maha Pencipta. Biarkan kesalahan menjadi pengajaran, biarkan pengalaman mendewasakan, dan biarkan Allah yang menunjukkan jalan. Kerana setiap perkara yang terjadi berlaku atas izinNya dan setiap perkara yang berlaku adalah titik permulaan pada sebuah perubahan. Keadaan hanyalah penyebab atas semua yang berlaku.

Berikan diri kita peluang, berikan diri mereka ruang, untuk mengenal diri dan mencari hidayah dari Yang Maha Suci. Agar kita sentiasa di bawah lindungan Sang Maha Abadi. Persiapkan lah diri, bantu lah sesama sendiri, pimpinlah antara satu sama lain dan jadikanlah islam pengikat silaturahim.

p/s: Pesanan utk diri sendiri dan juga teman teman :)


                        
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...