Isnin, 23 September 2013

Green Tea


Assalamualaikum & Selamat Tengahari (1.07pm)


Hai kenkorang.Lama gile tak update blog ni.Maklumla....buat blog ni pun suka suki je.Tgk org buat blog aku pun tergedik gedik nak buat jugak.Padahal tak der cerita menarik pon!Berhangan nak jadi mcm Hanis Zalikha katenya.Uwweekk!..Ari ni aku nak tanya kat korang la kan terutamanya kepada mereka yang memang mengamalkan pemakanan yang sihat atau mungkin mengamalkan petua petua yang diturunkan dari sesiapa kepada sesiapa.

It's about green tea.Korang minum green tea tak?Aku sejak kena sound 'derek' ngan tauke cina yang buat kabinet kat ofis ni terus aku pi cari green tea.Dia kate green tea ni baik tok kesihatan memandangkan aku ni dah 'grupe' belon nak pecah je dia tengok.Aku pon mintk bantuan Mr.Google (thankyou Sir) untuk cari apa khasiat dan kelebihan green tea ni.Cari punya cari memang terbukti baik untuk kesihatan memandangkan green tea ni terror dalam pembungan toksin dan lelain.Banyak jugak la sampai aku rasa bersalah kalau nak copy n paste je dari blog org tanpa melakukan sebarang ujikaji makmal sendiri.Ceh!

Tapi yang menjadi musykilnya sekarang ni, apakah brand yang bagus,baik dan yang penting sekali yang paling mujarab serta dijamin 100% kualiti tea-nya?Sebab sekarang aku guna Ahmad Green Tea je.Itu pon beli dekat Tesco dan paling penting sekali dalam 1 kotak ada banyak berbanding dari jenis yang lain.Harga die pon jimat berganda.Tapi okey ke brand ni?Jadi korang ada cadangan tak dekat mana n brand apa yang aku boleh dapat kan green tea yang berkualiti tanpa pewarna tambahan??Walaupun aku gemuk tapi tetap menginginkan kesihatan yang baik.So,please let me know ya??

Thanks korang sebab sudi baca ayat meleret leret ni.Padahal nak tanya jenama green tae apa yang elok je.ahahahahha....

^_^




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...