Pengsan!!!Pengsan nak membayarnya.Kalau sikit tk apa.Ni dah mengalahkan orang bukak kilang beras dah harga bil letriknya.Udah la bil letrik tak dapat 2 bulan.Bila mintak kat kaunter TNB,tup tup tap tengok-tengok bil nya dah boleh buat tabung beli iphone5S.Tak ke merana hidup kejap?
Disuruhnya amek gambar dan buat laporan.Jangan kan gambar.Aku bagi video sekali tapi bila pergi buat aduan,orang kaunter kate tak der apa-apa masalah.Meter jugak yang betul.Kami bukan nak memperlekehkan harga yang cik letakkan dalam bil kami tu cuma kami mintak cik tolong datang buat pemeriksaan kat meter kami.Kot la memang meter tu rosak.Kalau tak rosak kami dengan senang hati bayar bil ni.Tapi kalau rosak????Mampu ke hati ini ikhlas memberikan sejumlah wang yang begitu banyak untuk membayar bil?
Nasib ada kawan yang sudi menghulurkan bantuan di kala kesusahan.Tapi tak sempat dihulurkan,hari ni technician TNB datang.Memang sah meter tu ROSAK uols!Mak dah kata rosak, maknanya memang rosak la.Tu pon tak caya lagi taw.Gigih adik aku suh die tenung, renung dan perhatikan meter tu.Rosak ke tak rosak.Sekali, baru dia perasan yang lampu pulse tak menyala.Dia kata bila lampu ni tak nyala, meter tak boleh baca dengan betul.Yeke??Ntah,aku bukannya reti sangat.Yang aku reti yang aku tau meter tu kena kasi elok supaya bil nya tak la melambung sakan bagai dipam pam macam badan aku nih.
So,dengan izin ALLAH meter tu dah dibaiki dan berharap sangat meter baru tu memang elok dan tak rosak lagi.Pasal bil tu,adik tu suruh pergi kaunter semula tanya macam mana kiranya bil tu nanti.Bagi bil baru atau kena bayar yang ni.Aduhhh...Mungkin ujian ALLAH pada kami.Redha dan tawakal je lah.Jadi pengajarannya kat sini,kalau rasa tiba-tiba bil letrik melambung macam baru kena panah petir,sila-sila buat laporan.Tak pasal pasal derma duit je nanti.Kalau ikhlas tak per dik.ahahahahha...
*mintak maaf la yer kalau terkasar bahasa