Haaa..Ari ni nak memperkenalkan pencabar terdekat untuk air feveret korang.(Jeng jeng jeng)
Bila order air dekat kedai makan ke,kedai mamak ke atau buat sendiri ke korang mesti suka buat atau order air Teh O Ais Limau kan?(kan kan kan....tau dah...)
Jadi hari ni, nak kongsikan air feveret aku pulak dekat korang.
Bila cakap atau sebut je air ni mesti ada yang tanya, tak mabuk ke minum?Sedap ke?Apa rasa? ^_^
Dan yang pastinya soalan itu akan dijawab dengan penuh yakin tanpa rasa segan dan bersalah.Eheks!
Mestilah sodap!!Tak caya??Cuba buat segelas dulu.Kalau rasa sedap baru buat se-jag.Kalau rasa sedap lagi boleh buat 1 gelen.(Ni bagi mereka yang dah fallen in luv.Yep yep..u will.Trust me!)
Tada!! *gambar tak bapa nak cun |
Bahan:
Nescafe
Gula
Air Panas
Air Sejuk
Ais Ketul
Limau kasturi
Cara:
Buat la air nescafe macam biasa.Ikut korang punya suka.Kemudian perahkan je jus limau ke dalam air tu.Dah Siap!Slluurrrpppp......
*limau tu boleh ganti ngan buah lemon.
*kalau siapa takut mabuk jangan minum sebelum anda memandu. *_*
Jadi sila-sila cuba mana tau pas ni korang suka :)