*niqab bukan fesyen |
Teringin sangat nak pakai tudung labuh.Teringin...teringin...teringinnnnnnn sangat nak pakai.Bukan apa,aku rasa perempuan yang pakai tudung labuh yang bulat tu nampak manis dan cantik.Bagi aku pakaian ni bukan sekadar hijab untuk menutupi aurat, tetapi hijab bagi mengawal diri dari melakukan maksiat atau perkara yang dilarang.Dengan syarat jikalau masih ada lagi perasaan malu dalam diri.
Dek kerana badan aku yang besar ni,ada yang kata tak berapa sesuai pakai tudung labuh yang bulat sebab nampak lagi besar dan gemuk.Yes..again..Masih lagi peduli dengan kata-kata mereka.Sebab mak aku adalah di antaranya.Jadi bagi menghormati kata mak aku,aku simpan lagi cita-cita ni.Mungkin belum ada rezeki.
Lately ni tengok makin ramai orang yang pakai niqab.Tau ker niqab tu yang mana??Alaa...yang macam purdah tu.Bahasa komersial ialah niqab.Macam-macam warna ada.Jenis kain pun pelbagai.Tahniah bagi yang memakai.Kerana bagi aku niqab adalah tanda aras yang menunjukkan mereka telah mencapai tahap yang patut dijadikan contoh.Bagi aku,mereka yang memakai niqab mempunyai iman yang tinggi dan merasakan tidak cukup dengan hanya memakai tudung labuh untuk menutup aurat.Tapi betulkan niat,niqab bukan untuk berfesyen atau suka-suka.Bukan untuk dijadikan bahan bagi menarik perhatian orang lain.
Bagi yang berniqab hanya kerana Allah, aku ucapkan syukur dan tahniah.Aku pun berharap suatu hari nanti aku pun boleh memakainya niat kerana Allah.Tapi jika ada yang antara mereka yang hanya niat untuk berfesyen, korang kena betulkan niat supaya amalan yang baik yang korang lakukan akan dihitung kelaknya.Korang pon tak rugi.Kan??Pilih la meterial yang baik supaya tidak jarang sebab alang-alang nak berniqab biarlah buat dengan bersungguh-sungguh.
Jangan ambil hati atau terasa dengan apa yang aku katakan ni.Sebab ni semua pandangan aku sahaja dan aku sangat 'adore' mereka yang berniqab kerana korang telah melepasi satu tahap yang harus diberikan pujian.Mohon maaf yer.