Selasa, 22 Oktober 2013

Girl Talk #1 : Love Myself

Love myself!

Selalunya aku a bit frustrated dengan diri aku.Masalah kegemukkan yang melampau.Masalah perkauman dengan kaum lelaki yang memang suka menghindarkan diri dari wanita gemuk macam aku, pasal tu sampai sekarang aku masih sendiri.Masalah dengan horman yang selalu membuatkan kitaran period aku kadang kadang terganggu.Masalah dengan kaum kerabat yang kadang kadang aku rasa yang aku tak pernah pun mendewasakan diri seperti umur aku.Masalah dengan masalah yang sentiasa membuatkan aku kelihatan kurang bermaya dan sugul setiap hari.

Setiap hari jugak aku akan cuba senyum dan gembirakan hati supaya aku dapat menjalani hari aku dengan baik.Tapi sampai bila?Sampai bila nak jadi hipokrit walaupun kadang kadang jadi hipokrit tu ok! Aku selalu tenangkan perasaan aku dengan cara bercakap sendiri tak kiralah depan cermin atau depan komputer ke apa ker. Tapi sampai bila??Sampai bila?????

Benda ni terjawab dah sebenarnya sebelum ni.Tapi aku,masalahnya aku yang tak nak meredhai segalanya berlaku.Kenapa aku susah sangat nak terima keadaan ni sebelum ni padahal bila depan orang aku selalu cakap aku ok.Bila orang nasihatkan,aku selalu jawab aku tak kisah.Bila orang tanya aku macam mana,aku selalu cakap aku tak apa-apa.Ini semua takdir Allah.Yes...yes,it is.Itu semua takdir Allah tapi kaedah apa yang harus aku pakai untuk terima semua ketentuan dan cerita yang telah Allah tetapkan untuk aku?

Tapi hari ni aku ubah fikiran aku.Aku cuba untuk ubah apa yang patut aku ubah supaya aku gembira dan tenang meniti hidup.Aku nak ubah gaya pemikiran aku yang selama ni aku pikir kehidupan aku sekarang ni sedikit mombosankan kerana berbeza dengan orang.Aku nak cuba ubah sedikit demi sedikit dengan cuba sesuatu yang baru.Yang sebenarnya aku tak pernah buat iaitu cuba mencintai dan menyayangi diri aku sendiri.Dengar macam kecewa?Oh!tidak,aku bangga nak cakap yang aku nak belajar cinta dan sayang dengan diri dan kehidupan yang aku ada sekarang ni tanpa cuba untuk mempertikaikan atau membandingkan dengan kehidupan orang lain sehingga membuatkan aku berasa kekurangan.

Aku akan belajar untuk lebih menghargai diri aku dan detik detik yang berlaku dalam hidup aku dengan orang sekeliling aku yang aku sayangi dan hormati.Kerana apa?kerana detik tu takkan dapat aku ulangi dan aku tak nak sia-siakan waktu,ruang dan peluang yang Allah dah beri.Jodoh??Tak kawin lagi??Tak apa..Yang dah berkawin,syurga mu di bawah tapak kaki suami.Tapi syurga ku di bawah tapak kaki ibu ku.Jadi, kita sama dan serupa.Motif hidup yang sama iaitu untuk masuk ke syurga.Tapi mungkin dengan laluan dan cara yang berbeza.Tapi sayang baru sekarang aku sedar.Aku harap tak ada apa-apa yang aku bazirkan.

Gemuk??Aku gemuk??Aaah..Aku gemuk.Kenapa?Dah ini jalan hidup ku.Tapi aku dah cuba sedayaupaya supaya tidak lalai dalam menjaga kesihatan ku.Dan aku akan cuba sedayaupaya untuk menjaganya kerana batang tubuh ini bukanlah kepunyaan aku.Aku tidak punya harta??Ya,aku tidak punya apa.yang aku punya adalah keluarga yang cukup menyayangi aku.Itulah harta berharga yang aku ada.Untuk dunia dan akhirat sana.

Yang paling penting sekali berubah untuk yang satu!Berubah bagi yang satu!Hanya satu!Teringat pesan sepupu.'Betulkan niat..'InsyaAllah..Aku ingin berubah untuk yang satu!

"Ini adalah dialog hati aku waktu ini.Kata-kata hati aku sekarang ni yang mengajak aku untuk belajar dan berubah sesuatu yang baru.Pujuk rayu hati yang membuatkan aku cair dan teringin untuk mencuba dan mengamalkanya.Mampukah aku???....Untuk yang 'Satu',aku akan cuba...Are you ready Arina??"

Ready....get set....GO!!!!(bunyi pistol..)




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...