Isnin, 19 Mei 2014

Pendakap Gigi

Tada!!!
Dah nak dekat sebulan aku pakai braces.Mulanya was was juga,tapi memikirkan keadaan dia pada masa depan aku gagahkan juga.Keputusan muktamad.Waktu itu,adik aku adalah pendorong utama selain keadaan gigi aku yang semakin jarang.

Doktor kata gigi aku tak lah berapa nak jarang.Tapi aku tetap teruskan niat aku kerana aku nak gigi aku sihat dan cantik macam orang lain.Aku fikir,pakai braces ni mudah,rupa-rupanya agak rumit.Tarutama sekali dalam faktor penjagaan kebersihan gigi dan mulut.

Culture shock kejap sebab rutin aku dah berubah.Kalau dulu,lepas makan aku akan berkumur-kumur ja.Tapi lepas pakai braces,aku kena gosok gigi bersih bersih.Tidak kiralah apa yang aku makan,dan di mana aku makan.Kalau pergi jalan-jalan,lepas makan aku akan cari toilet.Sebab nak gosok gigi.ahahahahha....


Banyak perkara juga yang perlu dibuat sebelum pasang pendakap gigi.Kalau korang nak pasang pendakap gigi dan dah lama tak pergi checkup, aku sarankan korang buatlah scalling and polishing dulu.Tampal lah mana gigi yang berlubang.Baru doktor dapat lihat dengan jelas keadaan sebenar gigi korang.

Lepas tu,doktor akan periksa keadaan gigi korang,perlu ke tidak buat braces.Doktor juga akan bagi pendapat dan korang perlu timbang sebelum buat keputusan.Sebab pakai braces ni bukan perkara yang mudah,tetapi perbelanjaan pun memakan ribuan ringgit.Lepas itu,baru doktor akan minta korang buat x-ray gigi.

Bila gigi dah di x-ray,gigi akan diukur.Masa ni doktor akan ambil ukuran dan bentuk gigi korang.Kemudian tunggu dalam beberapa hari,doktor akan panggil untuk proses seterusnya iaitu pemasangan pendakap gigi.

Selesai pasang,doktor akan terangkan sedikit sebanyak perkara apa yang perlu diambil berat,cara mencuci gigi,alat penjagaan gigi dan mulut dan sebagainya.Di bawah ada sedikit review berkaitan kos yang dikenakan kepada aku :)

1. Scalling and polishing, tampal gigi = RM 170.00
2. X-ray gigi = RM 120.00
3. Braces = RM 4800.00 (Pendahuluan RM 2800.00)
(harga mengikut klinik pergigian,keadaan gigi dan etc)

Lepas buka braces ni ada pulak yang lain.Itu jauh lagi sebab aku pon baru je pasang.Jadi nak cerita pun aku tak berapa nak pandai.Cuma yang aku tau,aku perlu pakai satu benda untuk memastikan gigi aku tidak kembali pada bentuk asal.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...