Ahad, 25 Mei 2014

Dah lama tak baca Al-Quran


Dah berapa lama korang tak baca quran?Dah berapa lama korang tak pegang quran?Yes,soalan tu jugak aku ajukan pada diri aku sendiri.Jangan risau.Soalan tu bukan berunsurkan untuk memerli seseorang,cuma untuk memperingatkan pada  diri aku dan korang.

Ada jugak antara korang yang setiap hari khamis mesti baca yassin.Kan??Tahniah.Aku pun kadang kadang tak baca.Bukan sebab malas,cuma aku suka baca surah kahfi.Soalan aku dekat sini,selain baca yassin,korang baca tak surah surah yang lain?

Kalau tak,mula lah dari sekarang.Biarlah kita baca tak sesedap bacaan dari qari dan qariah.Yang penting kita baca dan tidak tinggalkan jauh quran yang penuh mukjizat.Sebab apa??Sebab dari pengalaman aku,kita akan lupa dan terus jauh dengan mukjizat ni.Serius..

Tiba tiba terbayang,suasana romantik bila lepas selesai solat jemaah bersama,suami mengajar isteri baca quran....

#sentapbilanakkawen





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...