Ahad, 18 Mei 2014

Risau dan resah...

Aku tengah risau.Semalam aku ada cerita yang aku sedang ber'cheatday' dengan jayanya kan?Memang ia berjaya bila aku lihat sendiri hasilnya.Selain berat badan aku naik,gula dalam darah pun naik.

Secara dasarnya keluarga aku, (emak,ayah,nenek dan atok) penghidap kencing manis.Boleh dikatakan kebanyakkan saudara dan sepupu aku pun menghidap penyakit yang sama selain sakit-sakit lain.Keturunan mungkin penyebab utama,selain faktor corak pemakanan dan juga berat badan.

Sebab itu aku beriya nak jaga kesihatan.Kalau diizin Allah aku nak kesihatan yang baik.Sebab aku rasa dengan itu sahaja aku tak menyusahkan mak dan ayah aku.

Selain tu,aku nak badan aku sihat sebab aku nak ada anak kalau aku ada rezeki bertemu jodoh aku dekat dunia ni.Sebab kebanyakkan orang obesiti susah nak dapat zuriat.Tapi tak semua yang obesiti tidak subur.Cuma aku risau jika aku berkeadaan begitu.Ya,rezeki adalah milik Allah.Tapi sebagai hamba kita kena usaha.

Aku dari kecik memang gemuk.Budak kalau gemuk memang comel kan?Tapi aku tak cakap yang aku comel.Cuma keadaan aku masa kecik dulu memang montel.

Aku ingat masa aku sekolah rendah dulu,ada sesi ambil rekod untuk berat dan tinggi.Masa sekolah rendah tak boleh menipu.Memang kena timbang depan cikgu.Tapi bila sekolah menengah semedang menipu berat dan tinggi aku.

"Arina,berat saya 70kg masa saya mengandung.Tau tak?"Cikgu kelas aku cakap...Waktu tu umur aku baru 11 tahun.

Masa tu aku malu,tapi kesedaran masih tak ada.Sampailah aku ke sekolah menengah,dan ke universiti.Aku abaikan tubuh badan aku.Apa yang aku tau,aku cuma kena pastikan badan aku sihat bebas penyakit.Tanpa aku sedari yang kegemukkan sebenarnya punca sebenar kebanyakkan penyakit.

Sekarang umur aku dah nak menjangkau 28 tahun.Lagi beberapa tahun umur aku nak masuk ke 30an.Risau??Siapa yang tak risau.Dengan badan gemuk,kesihatan yang tidak dikenalpasti statusnya,jodoh,anak,kerjaya,aset dan lain-lain lah.Semua aku kena fikir.

Tapi semua aku sebut tu masih lagi kabur.Zero.....Berbanding kawan aku yang lain.Jadi kerana itu lah,aku mula ubah sikit demi sikit hidup aku.Mula dengan tersedar yang berat makin naik masa tu sampai angka 122.1kg, aku tekad untuk berubah dan mengharapkan ia memberikan perubahan pada hidup aku.InsyaALLAH....

Tapi,disebabkan nafsu yang membara pada makanan dan mungkin horman yang kurang stabil bulan ni,aku abaikan lagi sekali kesihatan dan tubuh badan aku.Besok aku akan mula sekali lagi.Aku akan mula sekali lagi dan mengharapkan yang terbaik.

Bukan sahaja untuk aku di dunia,tapi untuk aku di akhirat nanti sebab aku tau,tubuh badan ni adalah amanah Allah yang perlu aku jaga dan perlu aku pulangkan suatu hari nanti dalam keadaan yang sempurna.Kan??

So Arina,selamat berjuang.Jangan mudah putus asa.Biar susah dahulu,jangan susah kemudian.Ingat Allah sentiasa bersama orang yang bersabar.Andai kita usaha,pasti kita akan berjaya.Betul tak??Jadi esok kita mula yang baru..Gambatte!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...