Jumaat, 22 Mei 2015

Bermula lah Peperangan Kecil

Terkejut dak baca title tu?Saja je buat suprise.Tak ada peperangan pun yang berlaku kat bumi Liam ni lagi.Dan berharap agar bumi Liam sentiasa aman dan di bawah rahmat Allah.

Assalamualaikum dan Salam Jumaat




Hari ni hari jumaat dah.Sekejap je masa berlalu.Mana yang berjantina lelaki tu jangan buat buat lupa yang korang kena pergi solat sunat jumaat hari ni.Tapi kadang timbul jugak tanda tanya.Kalau hari jumaat waktu rehat kan lama.Bila masuk shopping complex,selalu terjumpa lelaki yang islam berlegar legar.Padahal waktu tu orang tengah solat jumaat.Kadang siap pegang pegang tangan lagi dengan pasangan memasing. 

Bukan aku nak ajak korang gossip,tapi itu apa yang menjadi kemusykilan pada aku kadang kadang bila terserempak dengan situasi macam ni.Setahu aku,lelaki boleh tinggal solat sunat jumaat ni dalam keadaan darurat je.Pelek tak?Tapi mungkin akhir akhir zaman ni benda ni tidak menjadi perkara yang pelik. Ataupun sesungguhnya diorang ada sebab atau alasan yang tersendiri.

Apa pun alasan korang,kena ingat yang korang sebenarnya Duta Kecil Islam.Menjadi contoh terbaik kepada bukan sahaja kita yang beragama islam tetapi agama lain juga.Rasa rasa tak boleh nak solat, bawak bawak la tunggu orang selesai solat baru keluar tengok wayang. Heh!

Panjang betul mukadimah aku.ahahahah...Niat di hati nak cerita pasal diet.Hari ni aku dah start diet semula.Mula balik menggunakan cara ortodok aku.Benda alah tu sedikit sebanyak beri aku inspirasi.Kadang buat aku kuat semangat.Tapi kena hati hati pasal boleh jadi kurang bersemangat bila tengok benda alah ni tak bergerak gerak.Kadang tu naik pulak.

jadual turun berat badan
Jadual ni aku guna untuk pantau berat.Selalunya kalau aku buat reinduction aku akan buat jadual ni.Alhamdulillah berjaya sebab dia macam jadi driver kita untuk sentiasa berada pada jalan yang betul.kehkehkeh...Tapi kadang terbabas jugak.Maklumlah nafsu serakah aku ni kadang tak boleh dibreak break.Korang yang sedang berdiet tu cer try cara ni.Buat jadual untuk catat berat badan kita setiap hari.Kat dalam tu jugak korang boleh catat sekali menu yang korang buat.Bukan apa,benda semua ni akan menjadi rujukan pada korang.Terlebih makan ka,tersalah makan ka atau terbanyak makan..ahahahhaha.....

Selamat mencuba :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...