Cheatday #1
Salam dari aku yang fail lagi hari ni
Berdasarkan mukadimah aku hari ni,mesti korang dah dapat agak yang aku cheat lagi hari ni.Tak tau pasai apa,nampak kueh tiaw goreng tu air liur aku dah start melimpah ruah.Aku apa lagi,dengan rasa bangga aku amek pinggan dan penuhkan dengan isi. :P
Oklah hari ni aku nak share ngan korang cara nak buat Parpu atau bahasa pasar kuah dal.Kuah yang kita dok hirup masa makan roti canai tu.Kuah feveret aku.Jadi kalau nak makan puas puas kena lah masak sendiri.Kan?
Nak diingatkan sekali lagi,resepi ni datang dari mak aku.Mak aku orang melayu.Bukan mamak atau lain lain.Jadi kalau korang try buat dan korang rasa lain dari mamak punya,janganlah marah yer? :)
Bahan bahan:
| Bawang merah, bawang putih cili kering, daun kari |
| 1 pkt rempah sekawan, 1 pkt rempah kari ayam, 1/2 biji santan |
| kacang dal RM1, 1 inci halia |
| 1/2 ayam |
| 2 biji kentang |
| 1 carrot, 2 cili hijau, 1 terung |
*Dan jangan lupa garam dan sekeping asam keping untuk perasa.
Cara cara:
1. Kacang Dal direndam dahulu sehingga kembang. Kemudian di rebus bersama halia.Letakkan juga sedikit garam semasa merebus kacang dal.
2. Setelah air menggelegak begitu hebat dan kacang dal telah kembang, boleh lah masukkan ayam. Ayam ni boleh tukar.Kalau nak letak daging pun boleh sebagai pemanis kuah.Tadi ingat nak guna kaki ayam tapi kaki ayamnya kacil sangat..
3. Lepas tu boleh lah masukkan kentang dan juga carrot :)
4. Sementara menunggu kesemuanya empuk, kita panaskan kuali untuk menumis rempah kita. Tumiskan dahulu rempah sekawan kita, setelah naik bau boleh masukkan bawang dan rakan rakan dia. Bila dah naik bau, kita masukkan rempah kari dan masakkan dia sehingga wangi. Kemudian tuang kan dia ke dalam bahan rebusan kita tadi.
5. Tunggu sebentar dalam 15min-30min (sehingga semuanya harmoni), boleh la masukkan terung.Masak sehingga terung layu sedikit.
6. Setelah itu, boleh lah masukkan santan, garam dan juga asam keping. Gaul dan biarkan santan masak (menggelegak). Boleh tutup api. Siap!
Makan dengan nasi pun boleh. Kena pulak sambal ikan masin atau papadom. Terangkat. ahahahhha...Boleh makan banyak sebab buat sendiri. :P