Khamis, 21 Mei 2015

Hampir 1 Tahun....

Assalamualaikum

Peerrgghh...Lama gilaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tak buka bende alah ni.Bukan tak minat,tapi tak ada cerita.Selalu pendam sorang sorang je.Tak ada bende menarik nak dikongsi.Aku ni dok kampung,mana lah ada bende menarik nak diceritakan.Kalau tak pasal makan,pasal aku.Kalau tak pasal aku,pasal orang.Kalau tak pasal orang,cari pasal.Hah!! ahahahha...

Jadi sebagai warming up balik, aku update kan dulu kisah hikayat aku hampir setahun dahulu, aku seperti yang dulu lagi.Masih montel.Bukan tak diet, dan bukan diet tidak berkesan ke atas badan aku ni.Cuma kegagalan aku mengawal nafsu.Dulu,sebelum raya tahun 2014 aku berjaya dapatkan berat 2angka.Tak la ringan tapi aku dah melakar sejarah hidup kerana dapat kurangkan berat hampir 40kg.Tapi tu semua dah tinggal kenangan.Sekarang berat aku kembali pada 3angka.Frust tak payah cakap lah.Rindu dekat 2angka hanya Allah je yang tau.Tapi tu semua salah aku.

Dulu aku amalkan Diet Atkins atas nasihat dan tunjuk ajar dari kawan aku.Dia yang banyak bagi perangsang untuk aku mulakan diet.Sekarang ni malu nak jumpa dia.Dulu masa yang lain naik balik berat badan lepas berhenti diet, aku macam tak percaya.Aku selalu tanya kenapa tak maintain kan apa yang korang buat?Tapi rupa rupanya,nak maintain dan nak mula sekali lagi perkara yang pernah kita start dulu amatlah payah bebeno (bahasa kampung).Sangat susah dan payah.Serious!!!

*google image
Sekarangn ni,aku masih mencari Arina yang dulu.Arina yang bersemangat untuk sihat.Serius aku cakap,aku sangat kecewa dengan diri aku.Aku abaikan kesihatan dengan kenikmatan nafsu makan aku.Aku memang tak tahan godaan makanan sekarang ni.Lagi lagi makan kegemaran aku (sushi dan coffee). Kalau lalu je sushi king atau starbucks,huihh......jantung ni kemainnnnnn lagi dia.Kalau nampak sign board SR,terbayang bayang pulak spinach lasagna dia.Ko gila?!

Sepatutnya pada 1 syaaban hari tu aku dah start semula diet aku.Tapi macam aku cakap kan tadi.Aku sekarang tak tahan godaan makanan.Makanan tu aku nampak lagi hensem dari hero hollywood ke bollywood ke malaywood yang korang tergila gilakan tu.ahahahahhaa.....Nampak sangatkan aku ni gila makan?Orang lain pon gila jugak tapi elok je slim cantik gituh.HUH!!

Tapi tak apa lah,kita cuba lagi.Mungkin masih tak terlambat lagi aku nak mula semula.Tapi jangan ke laut mati balik sudah la.Aku pun dah rimas bila baju aku makin sendat dan padat ni.Dah lah nak raya tak lama lagi.Terkejut pulak sedara mara tengok badan makin comel.Jadi aku ingat aku nak kongsikan hari hari diet aku ngan korang.Itu pun kalau aku sempat nak menempek kat sini la.Tapi insyaAllah, aku try keep update pasal diet aku.Mungkin cara macam ni aku akan lebih berinspirasi.Ceh!Jadi kepada korang yang kat luar sana sedang berdiet,atau ada pengalaman yang sama boleh lah kongsi kongsi ngan aku kat sini.Boleh kita nangis sama sama sambil cerita perit getir ujian dan dugaan kita menempuh hidup pra-catu makanan ini.Hehehehe....

"Ya Allah, kau permudahkan lah urusan aku yaAllah.Kau perkenankanlah hasrat suci murni aku untuk menurunkan berat badan aku ini dengan sihat yaAllah.Amin.."



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...