Sabtu, 23 Mei 2015

Resepi: Puding Roti Campak2

Salam sekali lagi dari aku

Tak tau pasai apa aku dok rajin sangat hari ni. Ni pulak resepi puding roti senang yakmat.Resepi pun aku men blasah je sebab jarang benar menjadi cun cantik dan sedap. ahahahhha...




Bahan bahan:

Sebuku roti
Secawan santan
Separuh cawan susu sejat
2 biji telur
3 sudu makan gula perang
3 sudu makan oat
1 sudu makan oat (utk hiasan)
1 sudu teh garam
1 sudu teh esen vanila
3 sudu makan butterscoth chip (terpulang)
1 sudu makan marjerin

Cara cara

1. Panaskan oven.Adunkan kesemua bahan ke dalam mangkuk kecuali bahan hiasan, oat, butterscoth chip dan roti, pukul sehingga sebati. Kalau rasa gula tu kurang manis, boleh la tambah gula lagi. :)




2. Setelah itu potong roti kepada 4 bahagian dan masukkan kedalam adunan bersama oat dan butterscoth chip. Aku pakai ni pasal kismis tak ada.Nak pakai buah buahan kering pun boleh. Gaul sebati dan biarkan sekejap sehingga cecair tadi meresap ke dalam roti.




3. Oleskan tray korang dengan sedikit marjerin, masukkan aduan yang telah kembang ke dalam tray, taburkan oat hiasan dan untuk dapatkan kerak di atas tu jadi garing, boleh lah letakkan marjerin di atas adunan (setompok demi setompok).


4. Boleh lah masukkan tray tadi ke dalam oven yang telah dipanaskan selama 10 min. Bakar dalam suhu 180 darjah dalam masa 20-30 min untuk memastikan adunan masak dengan betul. Tambahkan darjah kepada 200 dalam masa 10 min untuk dapatkan kerak di atas adunan yang garing. (suhu dan masa adalah mengikut oven masing-masing ya)..




*Kalau rajin boleh lah buat sos castard. Tadi aku pakai butterscoth chip, 1 cawan susu dan 2 sudu tepung castard. Cairkan chip dengan susu, kemudian masukkan tepung castard yang telah dikacau dengan sidikit air.Kacau sehingga pekat . Tak pakai telur pun pasal tak nak masak banyak banyak. Gula pun tak bubuh pasal butterscoth chip tu dah manis :') 


Brruuuugggggggg...Alhamdulillah.Separuh tray dah masuk perut ;P

Resepi: Parpu/Kuah Dal

Cheatday #1

Salam dari aku yang fail lagi hari ni

Berdasarkan mukadimah aku hari ni,mesti korang dah dapat agak yang aku cheat lagi hari ni.Tak tau pasai apa,nampak kueh tiaw goreng tu air liur aku dah start melimpah ruah.Aku apa lagi,dengan rasa bangga aku amek pinggan dan penuhkan dengan isi. :P

Oklah hari ni aku nak share ngan korang cara nak buat Parpu atau bahasa pasar kuah dal.Kuah yang kita dok hirup masa makan roti canai tu.Kuah feveret aku.Jadi kalau nak makan puas puas kena lah masak sendiri.Kan?

Nak diingatkan sekali lagi,resepi ni datang dari mak aku.Mak aku orang melayu.Bukan mamak atau lain lain.Jadi kalau korang try buat dan korang rasa lain dari mamak punya,janganlah marah yer? :)

Bahan bahan:


Bawang merah, bawang putih cili kering, daun kari


1 pkt rempah sekawan, 1 pkt rempah kari ayam, 1/2 biji santan


kacang dal RM1, 1 inci halia


1/2 ayam


2 biji kentang


1 carrot, 2 cili hijau, 1 terung
*Dan jangan lupa garam dan sekeping asam keping untuk perasa.

Cara cara:

1. Kacang Dal direndam dahulu sehingga kembang. Kemudian di rebus bersama halia.Letakkan juga sedikit garam semasa merebus kacang dal.



2. Setelah air menggelegak begitu hebat dan kacang dal telah kembang, boleh lah masukkan ayam. Ayam ni boleh tukar.Kalau nak letak daging pun boleh sebagai pemanis kuah.Tadi ingat nak guna kaki ayam tapi kaki ayamnya kacil sangat..



3. Lepas tu boleh lah masukkan kentang dan juga carrot :)




4. Sementara menunggu kesemuanya empuk, kita panaskan kuali untuk menumis rempah kita. Tumiskan dahulu rempah sekawan kita, setelah naik bau boleh masukkan bawang dan rakan rakan dia. Bila dah naik bau, kita masukkan rempah kari dan masakkan dia sehingga wangi. Kemudian tuang kan dia ke dalam bahan rebusan kita tadi.






5. Tunggu sebentar dalam 15min-30min (sehingga semuanya harmoni), boleh la masukkan terung.Masak sehingga terung layu sedikit.



6. Setelah itu, boleh lah masukkan santan, garam dan juga asam keping. Gaul dan biarkan santan masak (menggelegak). Boleh tutup api. Siap!

Makan dengan nasi pun boleh. Kena pulak sambal ikan masin atau papadom. Terangkat. ahahahhha...Boleh makan banyak sebab buat sendiri. :P 

Selamat Mencuba....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...